Thursday, 13 October 2011

Cinta Ilah

Demi waktu yang berlalu pergi
Dan kerugian yang berpanjangan
Tanpa amalan syurga di tangan
Itulah tanda menghampiri jahanam

Dan ketika masa berlalu pergi
Ujian dalam cinta insani menguji
Kuharap bukan bersulam nafsi
Hanya cintaiLah yang dicari

Dalam masa yang berlalu pergi
Hidup insan penuh noda
Aku juga seperti mereka
Terkadang gugur di medan dosa
Ku mengharap cinta iLah
Agar jalan yang berduri tanpa dirasa
Kerana cinta iLah
Aku hilang dalam cahaya..
Tanpa rasa
Tanpa resah
Hanya cinta sejuta rahsia..

Ya Rabb,
Aku binasa tanpa cinta Mu
Aku hilang tanpa rahmat Mu
Jadikan kami hamba Mu yang soleh
Jadikan kami hamba Mu
Jadikan kami hamba Mu
Yang berpegang kepada Qalam dan sunnah kekasih Mu...

Andai rasa rindu ini adalah cinta
Andai kesetiaan ini adalah cinta
Andai pengorbanan ini adalah cinta
Andai segala rasa adalah cinta
Hanya satu kuharap.... CintaiLah.

Nukilan,
J.A.M